Catatat Week 21: 4th pregnancy: EMO
Tak tau kenapa, mood umi mmg tengah tak stabil sangat sekarang
Too fragile....suka sangat marah2, sedih tetiba, emo yang tahap nak kena lempang,
cepat melenting, jeles yang teramat (yg ni tak bleh blah), malas tahap gaban....banyak lagi lah negatif things yang berpusu-pusu dan berduyun-duyun meresapi hati, limpa, akal, badan nye segala lah...
Sian ank2 especially abg afif, selalu kena marah dengan umi.
Bab kije plak, mmg mood nak berenti tu dah sampai tahap infiniti dah....tapi masalah nye takut dengan komitment yang ada....dan project tailor umi tah bila2 nak start entah....
erm....
negatif thinking lagi..lagi dan lagi....bila nak buang semua negatif thinking tu and move on ni..
Haish (marah diri sendiri).....
My LOve, My Soul and My Happy Moment
Thursday, April 2, 2015
Tuesday, December 24, 2013
Romantik Itu Sunnah Nabi !!
Seronok nyer bila suami romantik...kita rasa begitu dihargai dan di sayangi.....bak kata P Ramlee, bagai dunia ini ana yang punya...kan...kan...kan....
Umi nak share satu article yang umi jumpe kat Cik Google.....sangat menarik article nih....
Bagaimana sifat romantik yang Rasulullah tunjukkan...yang patut di contohi oleh semua suami-suami di luar sana....bagi kaum isteri pulak...share-share lah dengan cik abang yer...moga2 kehidupan suamii isteri makin bahagia dan dilimpahi dengan kasih sayang....barulah boleh kata I Luv U till Jannah.....
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat
dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda.
Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang
dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan
akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya
baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.
Monday, November 25, 2013
Update terbaru Afif, Dzikri & Zahra
Jom layan gambar-gambar terbaru abg afif, abg kiki dan zahra
3 of us |
Budak comey yang ceria baru dpt jalan |
Layan TV |
Abg kiki sibuk main tab, zahra sibuk main pampes |
Ummi lambat sangat, saya amik sendiri lah |
x aci, sema dapat tab, zahra pun nak gak |
stalker almari umah tok perak |
Hi there |
Jungle tracking kat FRIM kepong |
Zahra pun ber'jangle traking' |
Anak bujang umi tolong abah basuh moto keta |
Sema sibuk melukis |
First artwork Zahra |
8 KESALAHAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK
Setiap hari ummi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak ummi. And of couse juga menjadi isteri solehah untuk abah.
Betul kata orang, apabila kita menjadi ibu, kita banyak belajar dari anak-anak tentang sesuatu perkara...setiap tindakan dan tingkah laku anak-anak dalam process pembesaran menjadi cabaran bagi ibubapa untuk membimbing mereka...sebab kesilapan yang kita lakukan dalam menagani karenah mereka akan menjadi pedoman dan panduan bagi mereka kelak...anak-anak kecil lebih banyak belajar dari pemerhatian mereka (perbuatan dan tingkah laku) berbanding dengan apa yang mereka dengar (tunjuk ajar dan arahan secara lisan). Mereka lebih banyak meniru perbuatan kita berbanding apa yang kita suruh. Oleh itu, penting bagi ibubapa mempraktikkan apa yang diajar dan disuruh kepada anak2 agar mereka faham dan patuh. Cth: kita suruh anak-anak jangan bercakap semasa makan, tapi kita tidak mempraktikkan....nanti anak-anak confius pulak...dan mereka tidak akan percaya/ikut apa yang kita suruh...
Di sini ummi nak share beberapa kesalah yang sering kita lakukan dalam mendidik anak2...agar dapat menjadi panduan bagi ummi dan ibubapa lain.
1. Kurang berdoa semasa mengandung.
3. Menegur anak secara negative

Antara doa-doa yang di
galakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
a.
Saidatul (penghulu) Istighfar
b.
Doa memohon Rahmat (Al-Quran
Surah Ali-‘Imran; 3: 8-9)
c.
Doa memohon zuriat yang baik
(Al-Quran Surah Ali-‘Imran; 3: 38)
d. Doa
agar anak mengerjakan solat (Al-Quran surah Ibrahim, 14: 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa
yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
a.
Doa agar anak patuh pada ALLAH s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah;
2: 128)
b. Doa
diber zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Furqan; 25: 74)
c.
Doakan supaya nama anak membawa kebaikan kepada nya
2. Banyak menakutkan anak
Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
seperti:
Menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan
tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan
kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada
anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak
yang lain atau anak orang lain.
4. Memberi didikan tidak seimbang
Didikan tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani
(spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan
minda daripada pendidikan rohani.
5. Kurang
Memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah SAW
kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a:
Pada suatu hari Rasulullah
SAW mencium Al-Hassan dan Al-Hussein bin Ali r.a.. Ketika itu Aqra’ bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’:
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai
sepuluh anak, tetapi aku belum pernah memcium seorang pun daripada mereka.”
Rasulullah melihat kepada
Aqra’ kemudian berkaya: “Siapa yang tidak mengasihitidak akan dikasihi.” – (Maksud
Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Kurang menghidupkan sunnah
dirumah
Seperti member salam, makan berjemaah, beribadah
bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan
yang lebih baik daripada salam yang diberi.
7. Bertengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci
salah seorang dari ibu bapanya.
8. Terlalu
bergantung kepada pembantu rumah untuk memdidik anak-anak.
Sebagai
ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu
adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak
terdidik dengan didikan Islam.
#Sumber dari FB/ibubapa cemerlang....
Labels:
parenting guide,
Pendidikan Anak-Anak
Monday, May 13, 2013
Rahmat Allah di Bulan April
Setiap perancangan dari Allah x siapa menduga kan....selepas segala ujian dan dugaan yang menimpa, hikmah yang tersembunyi terlalu banyak dan bererti bagi mereka yang bersabar. Betul kata orang, setiap ujian Allah ada hikmah di sebaliknya.
Selepas satu persatu ujian yang menimpa kami sekeluarga dan lebih specific kepada abah, ianya benar2 membuka mata dan hatinya untuk melihat kembali aper yang dia terlepas dan bagaimana dia treat kami anak beranak selama ini. Lepas kunci kereta hilang Oct 2012, yang menelan belanja ~RM 4K untuk replace kunci baru, jam tangan (~ RM 500) dan again Ford pulak accident yang menyebabkan total lost of gear box, yang pulak menelan belanja (~RM 10K). Terbaru handphone yang baru 3 bulan pakai (~RM 2K) plak hilang. Kalau tengok pada rentetan kejadian, semua yang hilang berkaitan dengan barang2 kesayangan abah kan. Yang anak2 xboleh usik langsung. Ford = anak2 kena duduk diam, jgn berkutik sikit pun lebih lagi makan dan sepahkan kereta..sure kena marah, jam dan hp anak2 x boleh sentuh langsung. Dia lebih sayangkan harta benda dia daripada anak2. Alasannya barang2 tu mahal dan susah nak dapat. Kena keja teruk selama setahun dan masa bonus je baru boleh beli barang2 tu. Yup agreed. semua barang2 tu adalah reward untuk kerja keras dia selama nih...tapi anak-anak????? tak berharga kah bagi dia???? tak bernilaikah bagi dia???? senang ke nak dapat??? mungkin sbb bukan dia yang mengandung 9 bulan dan bukan dia yang melahirkan, jadi dia tak begitu appreciate anak2....*sob**sob**
Tapi, umi bersyukur sangat sebab yang hilang semuanya harta benda yang boleh diganti semula dan dinilai dgn wang ringgit dan bukannya kesihatan mahupun nyawa anak2 umi (Nauzubillah....semoga Allah jauhkan segala malapetaka yang terlintas di fikiran umi waktu tu)...wang ringgit boleh di cari untuk replace barang2 yang hilang tu...tapi anak-anak umi??? tiada aper yang dapat menggantikan kesihatan mahupun nyawa anak2 umi...."Ya Allah, engkau peliharakanlah diriku, anak2 ku dan suamiku daripada malapetaka, hasat dengki manusia dan godaan syaitan"
Selepas segalanya terjadi, dan selepas sesi luahan perassan bersama (yang begitu effective umi rasa), banyak perubahan dalam diri hubby yang umi boleh lihat. Abah lebih menghargai anak2. Abah dah jarang marah anak2. Lebih banyak meluangkan masa dengan anak2. Alhamdulillah....Aku bersyukur Ya Allah, Engkau bukakan pintu hatinya untuk lebih menyayangi kami, prihatin terhadap kami."
Dan April datang, selepas sedikit-sedikit nikmat kesenangan Allah tarik dari kami, berkat kesabaran dan doa dari orang sekeliling, Allah gandakan rezki kami. Pada hujung April, segala urusan rumah selesai, officially rumah ini sekarang adalah milik kami. Dan pada april juga, umi dapat naik grade, naik gaji. Abah juga naik pangkat kepada A.M dan naik gaji. Umi pun dapat tukar keta baru. Alhamdulillah....rumah umi dapat, keta umi dapat, kerjaya umi pun berkembang....Syukran Ya allah, di atas rahmatMu yang tidak terhingga ini.
Dan untuk anak2 umi, rezki ini adalah rezki kalian. Umi dan abah hanya menumpang rezki yang Allah dah aturkan untuk kalian di muka bumi ini...ini adalah kemewahan yang Allah tentukan untuk kalian...umi dan abah berjanji, umi akan dokong amanat yang Allah berikan terhadap kami untuk menbesarkan kalian, memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang paling bagus terhadap kalian, membimbing kalian supaya menjadi insan-insan yang tinggi akhlak dan budi perkerti dan darjat di sisiNYA....Ameen....

Thursday, March 28, 2013
10 TIPS MENDIDIK ANAK SOLEH SOLEHAH
1.Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain – yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.
Untuk peringatan umi juga..semoga anak-anak umi menjadi anak yang soleh dan solehah..yang mendoakan umi dan abah di kala kami di alam bazah nanti dan yang memimpin kami di syurga kelak....amien
Thursday, March 14, 2013
Miss my kids
Today....at 11.00am....I really miss my kids at school....
....
....
....
Anak-anak umi...umi sayang kalian
Subscribe to:
Posts (Atom)