Betul kata orang, apabila kita menjadi ibu, kita banyak belajar dari anak-anak tentang sesuatu perkara...setiap tindakan dan tingkah laku anak-anak dalam process pembesaran menjadi cabaran bagi ibubapa untuk membimbing mereka...sebab kesilapan yang kita lakukan dalam menagani karenah mereka akan menjadi pedoman dan panduan bagi mereka kelak...anak-anak kecil lebih banyak belajar dari pemerhatian mereka (perbuatan dan tingkah laku) berbanding dengan apa yang mereka dengar (tunjuk ajar dan arahan secara lisan). Mereka lebih banyak meniru perbuatan kita berbanding apa yang kita suruh. Oleh itu, penting bagi ibubapa mempraktikkan apa yang diajar dan disuruh kepada anak2 agar mereka faham dan patuh. Cth: kita suruh anak-anak jangan bercakap semasa makan, tapi kita tidak mempraktikkan....nanti anak-anak confius pulak...dan mereka tidak akan percaya/ikut apa yang kita suruh...
Di sini ummi nak share beberapa kesalah yang sering kita lakukan dalam mendidik anak2...agar dapat menjadi panduan bagi ummi dan ibubapa lain.
1. Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang di
galakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
a.
Saidatul (penghulu) Istighfar
b.
Doa memohon Rahmat (Al-Quran
Surah Ali-‘Imran; 3: 8-9)
c.
Doa memohon zuriat yang baik
(Al-Quran Surah Ali-‘Imran; 3: 38)
d. Doa
agar anak mengerjakan solat (Al-Quran surah Ibrahim, 14: 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa
yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
a.
Doa agar anak patuh pada ALLAH s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah;
2: 128)
b. Doa
diber zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Furqan; 25: 74)
c.
Doakan supaya nama anak membawa kebaikan kepada nya
2. Banyak menakutkan anak
Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
seperti:
Menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan
tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan
kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada
anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak
yang lain atau anak orang lain.
4. Memberi didikan tidak seimbang
Didikan tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani
(spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan
minda daripada pendidikan rohani.
5. Kurang
Memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah SAW
kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a:
Pada suatu hari Rasulullah
SAW mencium Al-Hassan dan Al-Hussein bin Ali r.a.. Ketika itu Aqra’ bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’:
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai
sepuluh anak, tetapi aku belum pernah memcium seorang pun daripada mereka.”
Rasulullah melihat kepada
Aqra’ kemudian berkaya: “Siapa yang tidak mengasihitidak akan dikasihi.” – (Maksud
Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Kurang menghidupkan sunnah
dirumah
Seperti member salam, makan berjemaah, beribadah
bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan
yang lebih baik daripada salam yang diberi.
7. Bertengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci
salah seorang dari ibu bapanya.
8. Terlalu
bergantung kepada pembantu rumah untuk memdidik anak-anak.
Sebagai
ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu
adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak
terdidik dengan didikan Islam.
#Sumber dari FB/ibubapa cemerlang....
No comments:
Post a Comment