Monday, May 13, 2013

Rahmat Allah di Bulan April

Setiap perancangan dari Allah x siapa menduga kan....selepas segala ujian dan dugaan yang menimpa, hikmah yang tersembunyi terlalu banyak dan bererti bagi mereka yang bersabar. Betul kata orang, setiap ujian Allah ada hikmah di sebaliknya.

Selepas satu persatu ujian yang menimpa  kami sekeluarga dan lebih specific kepada abah, ianya benar2 membuka mata dan hatinya untuk melihat kembali aper yang dia terlepas dan bagaimana dia treat kami anak beranak selama ini. Lepas kunci kereta hilang Oct 2012, yang menelan belanja ~RM 4K untuk replace kunci baru, jam tangan (~ RM 500) dan again Ford pulak accident yang menyebabkan total lost of gear box, yang pulak menelan belanja (~RM 10K). Terbaru handphone yang baru 3 bulan pakai (~RM 2K) plak hilang. Kalau tengok pada rentetan kejadian, semua yang hilang berkaitan dengan barang2 kesayangan abah kan. Yang anak2 xboleh usik langsung. Ford = anak2 kena duduk diam, jgn berkutik sikit pun lebih lagi makan dan sepahkan kereta..sure kena marah, jam dan hp anak2 x boleh sentuh langsung. Dia lebih sayangkan harta benda dia daripada anak2. Alasannya barang2 tu mahal dan susah nak dapat. Kena keja teruk selama setahun dan masa bonus je baru boleh beli barang2 tu. Yup agreed. semua barang2 tu adalah reward untuk kerja keras dia selama nih...tapi anak-anak????? tak berharga kah bagi dia???? tak bernilaikah bagi dia???? senang ke nak dapat??? mungkin sbb bukan dia yang mengandung 9 bulan dan bukan dia yang melahirkan, jadi dia tak begitu appreciate anak2....*sob**sob**

Tapi, umi bersyukur sangat sebab yang hilang semuanya harta benda yang boleh diganti semula dan dinilai dgn wang ringgit dan bukannya kesihatan mahupun nyawa anak2 umi (Nauzubillah....semoga Allah jauhkan segala malapetaka yang terlintas di fikiran umi waktu tu)...wang ringgit boleh di cari untuk replace barang2 yang hilang tu...tapi anak-anak umi??? tiada aper yang dapat menggantikan kesihatan mahupun nyawa anak2 umi...."Ya Allah, engkau peliharakanlah diriku, anak2 ku dan suamiku daripada malapetaka, hasat dengki manusia dan godaan syaitan"

Selepas segalanya terjadi, dan selepas sesi luahan perassan bersama (yang begitu effective umi rasa), banyak perubahan dalam diri hubby yang umi boleh lihat. Abah lebih menghargai anak2. Abah dah jarang marah anak2. Lebih banyak meluangkan masa dengan anak2. Alhamdulillah....Aku bersyukur Ya Allah, Engkau bukakan pintu hatinya untuk lebih menyayangi kami, prihatin terhadap kami."

Dan April datang, selepas sedikit-sedikit nikmat kesenangan Allah tarik dari kami, berkat kesabaran dan doa dari orang sekeliling, Allah gandakan rezki kami. Pada hujung April, segala urusan rumah selesai, officially rumah ini sekarang adalah milik kami. Dan pada april juga, umi dapat naik grade, naik gaji. Abah juga naik pangkat kepada A.M dan naik gaji. Umi pun dapat tukar keta baru. Alhamdulillah....rumah umi dapat, keta umi dapat, kerjaya umi pun berkembang....Syukran Ya allah, di atas rahmatMu yang tidak terhingga ini.

Dan untuk anak2 umi, rezki ini adalah rezki kalian. Umi dan abah hanya menumpang rezki yang Allah dah aturkan untuk kalian di muka bumi ini...ini adalah kemewahan yang Allah tentukan untuk kalian...umi dan abah berjanji, umi akan dokong amanat yang Allah berikan terhadap kami untuk menbesarkan kalian, memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang paling bagus terhadap kalian, membimbing kalian supaya menjadi insan-insan yang tinggi akhlak dan budi perkerti dan darjat di sisiNYA....Ameen....






 

No comments:

Post a Comment