Monday, November 25, 2013

8 KESALAHAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

Setiap hari ummi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak ummi. And of couse juga menjadi isteri solehah untuk abah.

Betul kata orang, apabila kita menjadi ibu, kita banyak belajar dari anak-anak tentang sesuatu perkara...setiap tindakan dan tingkah laku anak-anak dalam process pembesaran menjadi cabaran bagi ibubapa untuk membimbing mereka...sebab kesilapan yang kita lakukan dalam menagani karenah mereka akan menjadi pedoman dan panduan bagi mereka kelak...anak-anak kecil lebih banyak belajar dari pemerhatian mereka (perbuatan dan tingkah laku) berbanding dengan apa yang mereka dengar (tunjuk ajar dan arahan secara lisan). Mereka lebih banyak meniru perbuatan kita berbanding apa yang kita suruh. Oleh itu, penting bagi ibubapa mempraktikkan apa yang diajar dan disuruh kepada anak2 agar mereka faham dan patuh. Cth: kita suruh anak-anak jangan bercakap semasa makan, tapi kita tidak mempraktikkan....nanti anak-anak confius pulak...dan mereka tidak akan percaya/ikut apa yang kita suruh...

Di sini ummi nak share beberapa kesalah yang sering kita lakukan dalam mendidik anak2...agar dapat menjadi panduan bagi ummi dan ibubapa lain.

 1.  Kurang berdoa semasa mengandung.
     Antara doa-doa yang di galakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
a.        Saidatul (penghulu) Istighfar
b.       Doa memohon Rahmat (Al-Quran Surah Ali-‘Imran; 3: 8-9)
c.        Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali-‘Imran; 3: 38)
d.       Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran surah Ibrahim, 14: 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
a.        Doa agar anak patuh pada ALLAH s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah; 2: 128)
b.       Doa diber zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Furqan; 25: 74)
c.        Doakan supaya nama anak membawa kebaikan kepada nya


2. Banyak menakutkan anak
Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
Menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Menegur anak secara negative
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lain atau anak orang lain.

        4. Memberi didikan tidak seimbang
Didikan tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda daripada pendidikan rohani.

     5. Kurang Memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah SAW kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a:
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan dan Al-Hussein bin Ali r.a.. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’:
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh anak, tetapi aku belum pernah memcium seorang pun daripada mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkaya: “Siapa yang tidak mengasihitidak akan dikasihi.” – (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
      6. Kurang menghidupkan sunnah dirumah
Seperti member salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik daripada salam yang diberi.

        7. Bertengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
  
8. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk memdidik anak-anak. 
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


#Sumber dari FB/ibubapa cemerlang....

No comments:

Post a Comment