Tuesday, December 24, 2013

Romantik Itu Sunnah Nabi !!


Seronok nyer bila suami romantik...kita rasa begitu dihargai dan di sayangi.....bak kata P Ramlee, bagai dunia ini ana yang punya...kan...kan...kan....

Umi nak share satu article yang umi jumpe kat Cik Google.....sangat menarik article nih....
Bagaimana sifat romantik yang Rasulullah tunjukkan...yang patut di contohi oleh semua suami-suami di luar sana....bagi kaum isteri pulak...share-share lah dengan cik abang yer...moga2 kehidupan suamii isteri makin bahagia dan dilimpahi dengan kasih sayang....barulah boleh kata I Luv U till Jannah.....





Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.

Isteri Sebagai Bukti

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.

Mandi Bersama

Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Hantar Isteri Keluar Rumah

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :

"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."

Bukakan Pintu Kereta

Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Bawa Isteri Jalan-Jalan


Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)

Suapkan Makanan

Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

Belaian & Bermanja

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :

"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."

Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."

Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :

"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Pengubat Hati

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :

"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)

Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.


Bergurau Senda


Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :

"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."

Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."

Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)

Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.

Panggilan Manja

Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Jangan Malu Jadi Romantik

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?

Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.
 
 

Monday, November 25, 2013

Update terbaru Afif, Dzikri & Zahra


Jom layan gambar-gambar terbaru abg afif, abg kiki dan zahra

3 of us
Budak comey yang ceria baru dpt jalan

Layan TV

Abg kiki sibuk main tab, zahra sibuk main pampes

Ummi lambat sangat, saya amik sendiri lah

x aci, sema dapat tab, zahra pun nak gak

stalker almari umah tok perak
Hi there

Jungle tracking kat FRIM kepong

Zahra pun ber'jangle traking'


Anak bujang umi tolong abah basuh moto keta

Sema sibuk melukis
First artwork Zahra






8 KESALAHAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

Setiap hari ummi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak ummi. And of couse juga menjadi isteri solehah untuk abah.

Betul kata orang, apabila kita menjadi ibu, kita banyak belajar dari anak-anak tentang sesuatu perkara...setiap tindakan dan tingkah laku anak-anak dalam process pembesaran menjadi cabaran bagi ibubapa untuk membimbing mereka...sebab kesilapan yang kita lakukan dalam menagani karenah mereka akan menjadi pedoman dan panduan bagi mereka kelak...anak-anak kecil lebih banyak belajar dari pemerhatian mereka (perbuatan dan tingkah laku) berbanding dengan apa yang mereka dengar (tunjuk ajar dan arahan secara lisan). Mereka lebih banyak meniru perbuatan kita berbanding apa yang kita suruh. Oleh itu, penting bagi ibubapa mempraktikkan apa yang diajar dan disuruh kepada anak2 agar mereka faham dan patuh. Cth: kita suruh anak-anak jangan bercakap semasa makan, tapi kita tidak mempraktikkan....nanti anak-anak confius pulak...dan mereka tidak akan percaya/ikut apa yang kita suruh...

Di sini ummi nak share beberapa kesalah yang sering kita lakukan dalam mendidik anak2...agar dapat menjadi panduan bagi ummi dan ibubapa lain.

 1.  Kurang berdoa semasa mengandung.
     Antara doa-doa yang di galakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
a.        Saidatul (penghulu) Istighfar
b.       Doa memohon Rahmat (Al-Quran Surah Ali-‘Imran; 3: 8-9)
c.        Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali-‘Imran; 3: 38)
d.       Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran surah Ibrahim, 14: 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
a.        Doa agar anak patuh pada ALLAH s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah; 2: 128)
b.       Doa diber zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Furqan; 25: 74)
c.        Doakan supaya nama anak membawa kebaikan kepada nya


2. Banyak menakutkan anak
Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
Menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Menegur anak secara negative
Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak yang lain atau anak orang lain.

        4. Memberi didikan tidak seimbang
Didikan tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda daripada pendidikan rohani.

     5. Kurang Memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah SAW kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a:
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan dan Al-Hussein bin Ali r.a.. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’:
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh anak, tetapi aku belum pernah memcium seorang pun daripada mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkaya: “Siapa yang tidak mengasihitidak akan dikasihi.” – (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
      6. Kurang menghidupkan sunnah dirumah
Seperti member salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik daripada salam yang diberi.

        7. Bertengkar di depan anak-anak
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
  
8. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk memdidik anak-anak. 
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


#Sumber dari FB/ibubapa cemerlang....

Monday, May 13, 2013

Rahmat Allah di Bulan April

Setiap perancangan dari Allah x siapa menduga kan....selepas segala ujian dan dugaan yang menimpa, hikmah yang tersembunyi terlalu banyak dan bererti bagi mereka yang bersabar. Betul kata orang, setiap ujian Allah ada hikmah di sebaliknya.

Selepas satu persatu ujian yang menimpa  kami sekeluarga dan lebih specific kepada abah, ianya benar2 membuka mata dan hatinya untuk melihat kembali aper yang dia terlepas dan bagaimana dia treat kami anak beranak selama ini. Lepas kunci kereta hilang Oct 2012, yang menelan belanja ~RM 4K untuk replace kunci baru, jam tangan (~ RM 500) dan again Ford pulak accident yang menyebabkan total lost of gear box, yang pulak menelan belanja (~RM 10K). Terbaru handphone yang baru 3 bulan pakai (~RM 2K) plak hilang. Kalau tengok pada rentetan kejadian, semua yang hilang berkaitan dengan barang2 kesayangan abah kan. Yang anak2 xboleh usik langsung. Ford = anak2 kena duduk diam, jgn berkutik sikit pun lebih lagi makan dan sepahkan kereta..sure kena marah, jam dan hp anak2 x boleh sentuh langsung. Dia lebih sayangkan harta benda dia daripada anak2. Alasannya barang2 tu mahal dan susah nak dapat. Kena keja teruk selama setahun dan masa bonus je baru boleh beli barang2 tu. Yup agreed. semua barang2 tu adalah reward untuk kerja keras dia selama nih...tapi anak-anak????? tak berharga kah bagi dia???? tak bernilaikah bagi dia???? senang ke nak dapat??? mungkin sbb bukan dia yang mengandung 9 bulan dan bukan dia yang melahirkan, jadi dia tak begitu appreciate anak2....*sob**sob**

Tapi, umi bersyukur sangat sebab yang hilang semuanya harta benda yang boleh diganti semula dan dinilai dgn wang ringgit dan bukannya kesihatan mahupun nyawa anak2 umi (Nauzubillah....semoga Allah jauhkan segala malapetaka yang terlintas di fikiran umi waktu tu)...wang ringgit boleh di cari untuk replace barang2 yang hilang tu...tapi anak-anak umi??? tiada aper yang dapat menggantikan kesihatan mahupun nyawa anak2 umi...."Ya Allah, engkau peliharakanlah diriku, anak2 ku dan suamiku daripada malapetaka, hasat dengki manusia dan godaan syaitan"

Selepas segalanya terjadi, dan selepas sesi luahan perassan bersama (yang begitu effective umi rasa), banyak perubahan dalam diri hubby yang umi boleh lihat. Abah lebih menghargai anak2. Abah dah jarang marah anak2. Lebih banyak meluangkan masa dengan anak2. Alhamdulillah....Aku bersyukur Ya Allah, Engkau bukakan pintu hatinya untuk lebih menyayangi kami, prihatin terhadap kami."

Dan April datang, selepas sedikit-sedikit nikmat kesenangan Allah tarik dari kami, berkat kesabaran dan doa dari orang sekeliling, Allah gandakan rezki kami. Pada hujung April, segala urusan rumah selesai, officially rumah ini sekarang adalah milik kami. Dan pada april juga, umi dapat naik grade, naik gaji. Abah juga naik pangkat kepada A.M dan naik gaji. Umi pun dapat tukar keta baru. Alhamdulillah....rumah umi dapat, keta umi dapat, kerjaya umi pun berkembang....Syukran Ya allah, di atas rahmatMu yang tidak terhingga ini.

Dan untuk anak2 umi, rezki ini adalah rezki kalian. Umi dan abah hanya menumpang rezki yang Allah dah aturkan untuk kalian di muka bumi ini...ini adalah kemewahan yang Allah tentukan untuk kalian...umi dan abah berjanji, umi akan dokong amanat yang Allah berikan terhadap kami untuk menbesarkan kalian, memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang paling bagus terhadap kalian, membimbing kalian supaya menjadi insan-insan yang tinggi akhlak dan budi perkerti dan darjat di sisiNYA....Ameen....






 

Thursday, March 28, 2013

10 TIPS MENDIDIK ANAK SOLEH SOLEHAH

Jom LIKE, SHARE & AMALKAN 10 tips dibawah:

1.Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain – yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَÙ„ۡÙ†ِÙ‰ Ù…ُÙ‚ِيمَ ٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©ِ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙ‰‌ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.


Untuk peringatan umi juga..semoga anak-anak umi menjadi anak yang soleh dan solehah..yang mendoakan umi dan abah di kala kami di alam bazah nanti dan yang memimpin kami di syurga kelak....amien 



Thursday, March 14, 2013

Miss my kids

Today....at 11.00am....I really miss my kids at school....
....
....
....

Anak-anak umi...umi sayang kalian

Wednesday, February 27, 2013

Pindah Rumah

Start from last week, we have busy with packing...packing...packing. Hari-hari packing pun rase cam tak surut2 barang kat uma tu....banyak rupernyer barang kat umah nih....ingat sikit jer...yerlah umah kecik...rupe2 yer banyak barang2 tersembunyi...hehehe...

Last saturday...kami bersihkan rumah...umi sapu sampah (banyak giler habuk..sbb baru lepas construction)...n abah plak mop lantai....
Zahra tinggal kat umah pengasuh...bawak abg afif n abg kiki jer (sbb pengasuh xbleh handle dak cerdas dua org nih)....so bermulalah activiti menyapu, mengemop, menyental, mengelap n menyapu balik (sbb lepas sema dah siap...hero lapo...makan kopok habis sepah balik umah)....
Membasuh umah yg1.8K sq.ft nih mmg mencabar key....especially dgn bantuan 2 org hero yg 'teramat' rajin....penyapu kena ader 2..mop pun kena ada 2...umi sapu sini..kiki sapu sana...abah mop sini...afif mop sana....nampak cam ok....tapi hakikatnya....berperang...huh...

Foto x byk amik sbb umi sebok menyapu n mengemop....umi sempat snap 1 foto anak2 tgh 'menolong'. ms nih nampak rajin sgt kan....tp bila kalih kali kedua...sorg dah masuk dlm baldi hijau tu...

and the rest foto lepas selesai...(sebab ms tu rehat time...sesi bersantai...leh ler nak belek tipon)....

Bersih tak lantai umah umi...hehe..ni baru jer lepas cuci..sblm bersepah kembali ngan kopok anak2...waaaaa


OK lah...nanti lepas nih umi up date ms pindah plak yer....n peh tu update pasal project2 umi yg dah dirangka dlm batu jemala umi nih....tgg nak di applikasikan jer....project aper??? tungguuuuuuuuuu

Wednesday, February 20, 2013

10 Things Not To Say To Kids


1. You should be ashamed of yourself /'Adik ni...buat malu jer lah"
Shame is a very destructive emotion often prompting intense guilt. Even if a child acts badly, it’s important to help them understand why the actions are wrong and that we all make mistakes we can learn from.

2. Because I said so/"Pergi buat tu...cepat"
Kids respond best to rules when there’s reason behind them. Spend a few seconds helping them understand why, so they see you as a respected authority figure rather than a dictator.

3. don’t care what you want/"Tak payah beli/bagi...(apa yg anak mau).."
Whether your son wants the latest Ben 10 figure or you’re stuck in a battle with your screaming daughter over a cancelled play date, you have probably uttered this sentence more than you think. However, it can show your child you don’t find their feelings important and in turn that they don’t have to respect yours. Remember, validating their emotions doesn’t mean giving in to their demands.

4. Give Auntie Agnes a kiss/ "Gi salam auntie"
You wouldn’t automatically kiss people you were told to kiss and the same goes for kids. Respect their personal space and allow them control over who gets their affection.
(this one I not agreed...I always teach my kids to respect olders by salam n cium tangan when they met them)

5. Why can’t you be more like…?/ "Cuba jadi macam....." or "Cuba tengok orang lain tu..."
Comparing children with a sibling or school friend often plants destructive seeds of inferiority which can create rebelliousness and sibling rivalry. Instead, praise them for what they do well and offer help in areas where they struggle.

6. Wait until your father/mother gets home/ " Tunggu abah balik dlu"
Not only can this instil a sense of fear in one parent but it’s a comment that shows you’re not in control of the situation. Passing the buck undermines your own authority and ultimately makes children question why they should listen to you in the first place
(I always do this...hubby help me...)
 
7. You’re the best!/ 'adik kan hebat"
Strangely, not all positive reinforcement is positive. Of course your child is the greatest but too much unspecific praise can make it meaningless: be specific.

8. There’s no reason to be scared / "apa nak takut"
Children’s ability to feel safe and communicate feelings is essential for their growth. So while you think you’re being kind saying this, you’re actually implying that their emotions aren’t valid. Listen and deal with their fears rather than discounting them.

9. You’re bad/naughty / "Kenapa adik ni nakal sangat"
It’s not helpful to label your child bad or naughty as they’re likely to believe this is who they are and try to live up to it. Try showing disapproval of the behaviour rather than the child.

10. If you don’t hurry up I’ll leave you/ "Kalau lambat, Ummi tinggal"
Planting abandonment issues in your child is not advisable. Kids don’t know you wouldn’t leave them behind and when of course you don’t, you create an empty threat. Have patience, realize children get distracted quickly and find calm ways to speed thing up.

Sometimes we know that we should not say those sentence to our kids...but sometimes it spontaneously out when we have lost control of the situations and of course our patient....I have realized, those word really affect their emotion...some times, they repeat the same words to others...imitate me...ok..ok...that my bad...bad impression to my kids and bad attitude to follow.... 

Ok ummi...start from not...my additional KPI...stop to use those statements....especially those words in ".." that I used to say...Ummi sayang anak2 ummi.....I dont want to hurt their small heart...every single day I am trying to be better mom....because what I did to my kids now will affect their attitute and behavior latter....

Umi always love U

Thursday, February 14, 2013

Kijer..Makan....Makan...Kijer

Ni lah jadinyer kalau start wat research or kena baca journal/articles tuk wat report.... mulut susah nak berenti mengunyah...munch...munch...munch...

Sorry zahra...arini Zahra kena minum susu umi yang penuh dgn makanan-makanan yang x berkhasiat...

Wednesday, February 13, 2013

Cuti-cuti CYN 2013

Tahun nih kami x gi memaner mase cuti panjang CYN a.k.a. Chinese New Year. Sebabnyer abah dah serik stuck dlm jem 4 jam tahun lepas. Bayangkanlah kul 6ptg kuar rumah dr Sri Damansara, kul 10.00mlm baru smpai Behrang. Mane abah x berang kan. Last2 sampai kat tol Behrang abah pusing balik ke SD. 1/2 jam dah sampai SD...hahaha..xker giler namanyer tu...sian tok dah masak n tunggu kita balik. Erm....tu pengalama taun lepas. So tahun nih kita cuti-cuti kat KL jerlah yer anak-anak.

Sabtu (1st day cuti CYN)
Planning gi jalan2 kat KLCC. So, lps sarapan kami pun gi lah masuk KL. Mmg best, x jem langsung. Then sampai KLCC masalah nak cari parking plak dah. Pusing2 cari parking dlm 30 min xdpt gak so  abah kuar parking. Ingat xramai org. Pesallah parking penuh gak. Ingat xyah bayar parking sbb still less then 20 min. Tapi kena bayar gak. actually lagi mahal sbb public holiday key. Kuar parking abah trs balik umah. Sian anak-anak..derang dah xcited dah nak gi KLCC. Aper lagi, ngamuk lah masing2. Tak pe lah lain kali kita gi sini ok?

So memandang kan x dapat jln2..dan sema dah moody....ni jer gambo yg umi sempat snap...gambar cik Zahra dlm keta.

Malam plak, bawak anak2 main kat Dataran Putrajaya. 



Cik Zahra yg sedap tido time abg2 main.

 Gambar x clear sbb Afif n Kiki tgh excited main boomerang.

Mase ni pun mood derang xbaik gak..sbb xdapat bli pedang yg ader lampu warna-warni..mahal kot..pokailah abah nanti.

Ahad (2nd day of CYN)

Arini dah plan baik punyer. Kami gi Desa Water Park. Main air. Yuhuuuu... Nak cover balik plan yg hancus semalam. Punyer lah excited abg afif n kiki. Masuk jam 11.00pg kuar jam 4 ptg. Dah kecut sema okey. Umi semapat celup badan 15 min jer. Sebab jaga Zahra. So abah kena assist afif n kiki. Risau gak, expecially afif yang x tau takut nih. Ader ke patut, selamber jer trs terjun tempat dalam. Sib baik abah cepat capai tangan dia. Sib baik ramai life guard, boleh gak diaorang tolong 'pritttt'kan bila tgk afif xder org assist. 

 Tgk afif yang tgh excited. Memang x peduli org kiri kanan. Janji dia boleh berendam. Hehehe


 Abah yang dengan setianyer melayan karenah anak2. Skali2 abah yang terlebih excited.

Abg Kiki yang keletihan. & Cik Zahra yang excited sama tgk org main air. Walaupun Zahra tak main air, tapi still kena tukar baju sbb lenjun umi ngan abah dukung saya ngan baju basah...hahaha 

 
 Lepas 4 jam berendam. Kami nak balik dah. Tgk mata afif yang merah tu. Muka pun dah gelap 'Sunburned'. Tapi ada hati nak main air lagi tu. Makin x puas hati sebab time tu ader wave plak.

Lapo lepas bangun tidur.

Jom kita balik

Abg Afif yang keletihan.
Hari2 cuti yang seterusnya duk umah jer..sbb umi ader mission yang lebih penting. Packing2 tuk pindah ujung bulan nih...


Tuesday, January 22, 2013

Marissa Nur Zahra

Zahra dah berusia 2 bln lebih...baru ni umi dapat log in memory tuk Zahra dlm blog umi nih...
Setiap anak-anak umi umi merasai pengalaman bersalin yang berlainan. Tapi setiap tu juga abah tak sempat tgk macammana umi bertarung nyawa tuk lahirkan anak2 umi. Mungkin ader hikmah d sebaliknya..Hanya Allah yang tahu... Tapi umi bersyukur sgt2 sbb dapat melahirkan anak2 umi bgn selamat...

Bersalinkan Zahra memang mencabar...macam gak mase bersalin afif n dzikri, umi kuar tanda darah..tapi Zahra awal...ari jumaat pagi dah ader tanda...tapi langsung tak sakit sampai ptg tu...so umi pergi office cam biasa...settle sema kerjaa2 yang urgent..list down semua pending works dan serahkan KPi updated kat bos...siap dah pesan kat bos lagi..umi akan bersalin dlm masa terdekat...

Balik jer rumah..umi tak duk diam..umi ngemas rumah..sapu sampah..mop lantai..lipat kain baju...kemas dapur..basuh bilik air..sebab umi tau kalau umi bersalin mlm nanti or esok mesti ramai org datang rumah...sebelum tu umi dah siap amik toto yg hantar dobi sebelum balik kerja..tup persiapan sedara mara tidor kat umah...

Umi start rase sakit kul 2.00 pg...umi gerak abah...boleh plak abah suh tunggu pagi...tapi contraction tak kerap lagi...ok lah umi tidor semula...kul 4 lebih umi rase contraction makin kuat...nih dah nak kuar dah ni...umi kejut abah...cakap umi nak bersalin dah nih....peh tu kejut abang afif n abg kiki..sian depa tgh tido..mamai2 lagi...sampai hospital kul 5.00 pg..


siap daftar sema..umi masuk dlm labour room...punya lah lama nak tunggu doktor check bukaan rahim umi...sian abg afif n kiki dah tertidor kat krusi waiting area dalam kesejukan...sebab lama lagi abah mintak balik dlu sbb abh lum solat subuh lagi...elok jer abah  balik umah doktor cek dah buka 5cm....cepat2 umi telefon abah...kelam kabut abah...dah lah abang afif n kiki tgh sedap sambung tidor lagi...sib baik ader ibu (pengasuh abg afif n kiki dlu) boleh mintak tolong tumpangkan hero2 umi ke umah ibu jap...kul 8.30pg baru abah datang...time tu umi baru dapat katil...bayang kan dari kul 5.00 pg umi terpaksa tahan contraction sambil duk kat kusi jer....tapi hari tu mmg ramai giler kot org nak bersalin...

Yang tak leh blah...dlm pada tgh tahan2 sakit contraction bleh plak satu contractor nih bg msg tul batal meeting hari isnin kat johor...walaupun bukan umi yg handle meeting tu...tapi sebab dia ader no hp umi jer terpaksa dia msg umi...terpaksa lah plak umi transfer msg tu kat PIC...peh tu Tok cik ida lah plak call ty kabar...sempat lah gak tok cik dgr umi meneran..hehehe...

Akhirnya kul 10.00pg baru umi di tolak ker labour room...tu pun selepas bukaan rahim 7cm...Alhamdulillah kul 10.30pg Marissa Nur Zahra Selamat di lahirkan....macam umi citer tadi...abah tak sempat masuk sbb kejap sgt kat labour room...dah lah tu...tak sempat abih jait lagi 'koyakan' misi dah masuk kata ader patient waiting for labour room...so umi sempat tgk Zahra kejap jer lepas bersalin tu...peh tu Misi terus bawa Zahra ke Paed sebab perut zahra ader kelenjar...Kul 11.00 lebih barulah umi dapat pegang Zahra lepas transfer ke wad bersalin...

Alhamdulillah...malam tu juga Zahra ngan umi bleh balik umah...tapi doc kasi appointment tuk cek kelenjar kat perut zahra...malam tu abah jemput Zahra dgn kancil (sbb ford abah hospitalized..sebab kunci ilang...huhu..abih 4 ribu wit melayang...nanti kalau umi ader mase umi citer tang tu plak k..)

Alhamdulillah..sekarang anak dara umi dah 2 bulan setengah...dah pandai gelak, main dan borak2...
Umi doakan anak umi ni jadi anak yang solehah, berahlak mulia, bijaksana dan menjadi bunga yang menyerikan taman syurga kelak....Insyaallah...Ameen...

Zahra Day 1

Zahra with Abang Afif n Abang Kiki
 
Zahra 1 Month
Zahra 2 months